Aku takut bila kata memakan diri.
Korang biasa dengar "jangan cakap.. Nanti kena kat kau balik." aku tak biasa dengar sebab aku yang biasa cakap camtu hahaha. Tapi last2 memang jadik kat aku balik. Lepas tu cakap kat diri sendiri "tu la..dulu mengata orang." padan muka aku. Padan sangat.
Oleh sebab tu, aku sebolehnya menghalang diri daripada post atau tweet perkara yang berunsur menyuruh atau menasihat berbaur mengeji dan mengata serta sarcasm. Contohnya "amboi couple depan aku ni kemain berpeluk. Nak kad kahwin dik. Boleh?" insya Allah kawan-kawan turut retweet atau bersetuju dengan perkara ni. Ha, satgi kau ke kawan kau yang retweet tu pun buat benda yang sama bila bercinta. Padan muka kau dan kawan-kawan kau. Eh kau ke aku ni? Bukan aku tengan cakap pasal aku ke? Hahaha. K ni contoh je.
Cuba kalau kau buat salah, lepas tu makcik sebelah rumah perli-perli kau. Terbako tak?!?!?
Sekarang, cuba ganti "kau" dengan "minah tu" dan "makcik sebelah rumah" dengan "kau". Ha. Apa rasa? Apa rasa? Mane la aku tau. Kau yang rasa. *tetiba emosi sendiri*
Akhirnya aku telah membuat kata putus untuk cerita pasal aku je. Dan sedikit pengajaran yang aku dapat dari orang terdekat. Yang betul2 dekat je. Penduduk cempaka tak masuk list. Ecewah.
Bukan apa. Sesetengah orang bukan main post atau tweet untuk mengajak kita sama-sama kembali kepada Allah. Dengan philosophical quote siap. Untuk husnuzon, mungkin dia tengah bagitau diri sendiri tapi tercerita macam nak suruh orang yang buat instead of doing a note to self. Setakat satu ke dua tu mungkin ok lagi tapi dah kalau tweet dan post semua jenis macam tu, tak ke dah sampai masa nak bagitau dia secara subtle untuk sama-sama kita audit diri? K yang ni memang note to self untuk aku. Sebab aku pun suka share dan aku tak tau la aku ni dah masuk kategori kena cermin diri.
Keputusannya, blog baru ini akan ku cuba untuk bersihkan dari anasir sarcasm serta nasihat yang mana aku sendiri pun tak pernah buat. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment