mak selalu sembang kawen dengan akak sama abang aku. sebagai anak mithali, tipu la aku tak mencelah hehe. selalunya begini...
"blablabla kawen kawen kawen blablabla." mak
"mak, kite tak nak kawen. nak duduk dengan mak. teman mak dengan abah." aku. jokingly of course x)
"a'ah yelah. habis mak dah mati nanti nak duduk dengan siapa? takkan nak duk dengan mak dalam kubur? kena la kawen. kawen tu mesti. nanti dah tua baru ade teman." mak
"ala kite teman mak laa.." aku. taknak kalah.
"tak boleh! blablabla kawen kawen kawen blablabla" mak.
gituh kan? ce bayangkan tiap kali aku cakap macam tu, dialog mak aku sama je takkan aku taknak ulang-ulang hahaha.
baru-baru ni, semenjak akak aku semakin berbunga bunga, selalu la cakap macam ni...
"dik, aku kawen tahun depan tau. bulan 10" akak
"alaa.. jangan la kawen dulu.. jangan la tinggalkan aku." aku. jokingly, again.
"aku bagitau maaakkk" akak
selepas selesai beliau report...
"mane boleh cakap macam tu. kalau dah sampai masa, kena la kawen." mak
kemudian akak kegembiraan.
maka aku redho. oleh itu, kelmarin aku berkata begini pada mak...
"adik nanti sambung la master.. nak sambung tak?" abah
"tak tau lagi la. tengok dulu. mak, kite kawen tahun depan tau." aku. masih joking.
"*memandang tajam selama seminit kat aku* alaa.. adik kawen nanti la.. umur 25 ke.. paling lewat 26. teman la mak dulu." mak
kantoi. ahak ahak
errr... aku harap orang lain yang terbaca ni turut paham.
No comments:
Post a Comment