Thursday, February 21, 2013

aku tak tahu sebulan cuti ni buat aku lebih matang atau cuma menghilangkan sedikit demi sedikit lapisan kesabaran aku. tak mudah, sungguh tak mudah untuk kau bela orang tua kau macam mana diorang bela kau dulu. orang kata, semakin tua, semakin kita kembali macam masa kita budak-budak dulu. kalau budak, kau boleh marah. dia diam ke menangis ke, kau boleh pujuk. macam mana kalau mak abah kau nakal macam budak-budak kecik? kau nak jerit suruh diorang behave? huh, free free kena panggil anak derhaka.

sungguh, cuti ni aku mungkin tak kerja tambah duit. tapi aku mula belajar macam mana tentang hubungan yang matang. mungkin kalau dulu aku mudah melontarkan komen dan pendapat tentang sesuatu senario. tapi sekarang aku lebih faham. you are not in their shoes, you can't tell the whole story. mak bapak boleh jaga sepuluh anak tapi belum tentu sepuluh anak boleh jaga mak bapak. iya kenyataan ini sedih tapi itulah realiti. sungguh aku tabik sesiapa yang mampu membela mak bapak sendiri. you have so much patience i could cry seeing how patient you are :'( . hanya Allah dapat membalas perbuatan baik kalian.

bila aku dah tua sikit nanti, aku tak tau sama ada aku boleh duduk serumah dan jaga mak bapak aku. many factors considered tapi semoga aku tergolong dalam golongan orang-orang yg sabar dan dapat menjaga mak bapak di hari tua mereka.
aku takut
kalau apa yang aku bayang kan terjadi
kalau yang bagus-bagus
tak apalah
suka

tapi kalau yang tak enak
macam mana?
kalau macam ayat wani ardy
“Aku mahu hiris satu sentimeter otak aku yang berisi seribu memori hempedu. Soalnya sekarang, pisau itu ada pada dia atau aku?”
senang jawapannya
pada kita

tak mahu dan tak ingin mahu
sepuluh tahun aku mungkin diam
sepuluh tahun mungkin akan ditanya
aku pilih untuk diam
diam dalam seribu perkataan

sampai masanya nanti akan aku tukar seribu perkataan
dengan seribu madah
cuma
aku harap kau masih ada
untuk beritahu
"tak apa.. kita usaha"
senyum

mungkin ini penampar untuk aku
buka mata
sedang berjalan jauh dari Tuhan
lari lah semua ke Dia
must.change.smiley.eyes. #notetoself

selama ni abah ngan akak duk mengata bila aku gelak mata hilang (padahal dorg pun sama -_-). it's genetic designed that way. aku pun tak tau nak explain cemane. lebih kurang camni la mata -> ^^ . tapi tak la tajam macam tu. fake giler you.

but partner told me something. well, i've been oblivious. must reduce the smiley eyes now. must smile round eyes now. like this -> :) gehehehe.

selama doblas hari tak mengadap blog ni sebenarnya banyak benda aku nak meluah. tapi tu lahhh.. sekarang dah ada laptop kecik maka malas aku nak membukak laptop ni. menaip kat tempat lain feeling dia tak sama you. ehek ehek ehekk.. :B

oh ya. i'm also addicted to this smiley -> :B . tak, bukan cenggitu muka aku. ish.

sebenarnya aku nak menaip untuk academic project. tapi malasnya nauzubillah..

result hari tu Alhamdulillah.. unexpectedly unexpected. tapi perasaan takde. sebab semua perasaan aku jatuh kepada dua kerja kahwin yang insya Allah bakal berlangsung tahun ni. tak, bukan aku la. aku juga sedang menanti anak buah baru. ala shayang shayang tomeiii :)

anyway, perasaan aku dah bertambah matang bila bergelumang dengan kisah orang nak kahwin ni. menambahkan kerisauan. ye la. aku tak cerita lagi kepada golongan wanita atasan tentang situasi kini walaupun telah banyak kali digasak (bersama golongan lelaki atasan). fuh, sikit punya kreatip jalan aku cari nak mengelak. apa-apa pun, Allah knows what's best for us. kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. risau-risau aku pun, risau lagi datin emak yang melihat anak beliau ini. kadang-kadang rasa macam derhaka sebab memanjang mengelak. how long has it been? one and a half year? fuhhh. i must've tweeted 634849 times if i were to jot down each and every answer i gave them. alaaa.. aku baru doplod satu ape (belum birthday :B). belum kumpul-kumpul duit nak pusing europe lagi, nak buat perkara-perkara senonoh lagi (eh?). ehem.

sesungguhnya seribu kali aku cakap "rilekslah mak.." pun takkan mampun merelakskan beliau. jadi mari kita minum kopi sambil tengok jodoh. dan menggelakkan olly bersama encik azlan.

Friday, February 8, 2013

sebenarnya aku nak meneruskan kerja projek akademik. tapi kenapa susah sangat nak couple dengan dia ni?!?! T.T

aku ada masalah. sebab orang lain ada masalah so aku pun nak kata aku ada masalah jugak hahahahaahahahahahahahaaha bongoknyerrrrrrrr.

anak buah kesayangan semua orang dah masuk tadika. comel gila dia pakai tudung pastu lari-lari!!! kalau tak sebab dia tengah moody tapi dia buat-buat tak moody masa tu, aku dah amik gambar dia banyak-banyak pastu gomol dia sampai pengsan. aku yang pengsan sebab penat dukung dia ekekeke. teringat-ingat masa dia kecik-kecik bayi dulu. sekarang dah pergi tadika. aaaaa.. kenapa cepat sangat membesar? T_T

mungkin sebab ni la ramai yang sanggup berkorban lepaskan peluang yang so called beso. demi melihat anak-anak mereka membesar. iskk.. nak nangis pulak rasa.


dulu aku memang tak sokong perhubungan jarak jauh atau pjj atau LDR. sebab pada aku, kalau kau tak bersama-sama depan mata, macam mana kau boleh terus ada feeling feeling? bukan ke feeling kau pada dia hanya pada angan-angan dan mimpi sendiri?
jadi sekarang dah terkena batang hidung sendiri (hahahahahahahahaha kann..), baru aku faham. tapi yang aku tak sokong tu untuk time sekolah-sekolah. sebab kadang-kadang diorang ni sorang sekolah aku, sorang sekolah 5 batu dari sekolah aku, tak pun 3 negeri jaraknya dari sekolah aku. pastu claim "ilysm" "imy" etc etc. padahal tak pernah jumpa -.- . ehem. eh apa aku nak cakap tadi? hahahaha. ohhh.. terkena batang hidung sendiri ek? haa.. itu la ceritanya.. gamble je lah. gamble tu maknanya berserah pada Yang Maha Berkuasa. kalau jadik ye jadik. kalau tak jadik ye tak jadik. kan?

wassalam.

Saturday, February 2, 2013

.tentang social network.

untuk mengepos gambar sendiri terpampang sebesar-besarnya di fesbuk adalah perkara ke 932449284042 dalam list aku. k tak tak. sebenarnya aku tak berapa gemar share gambar sebab nanti kantoi keluar jalan-jalan hahahaha.

tapi jugak, kadang-kadang mungkin aku sendiri tak perasan tentang perasaan orang lain bila tengok gambar aku. tak kisah la gambar sukaria ke menangis tangkap leleh punya. aku selalu sebenarnya jeles bila tengok orang bersukaria. mungkin sebab tu aku tak berapa gemar post gambar bersukaria dah sekarang. lagi-lagi kalau yang bersukaria tu member rapat ke agak-agak ngam ngan kita. tak ke lagi sedih sebab tak diajak? iskkk.. ecewah tade la. kalau tak diajak tu faham-faham sendiri la hahaha. k jari jahat ni. lagipun bila member-member jenis ni post pasal something tentang dia yang kita tak tau tapi lepas bukak fesbuk tau pulak kita pasal dia tak ke rasa seperti oh siapakah aku sebenarnya aku dihatimu...? :'(  aicehhh. ngade sungguh.
tentang gambar sedih, err.. perlu kah?

orang dulu takyah fesbuk dan twitter pun. i think these two things (and instageram) kills the things that make human a human.

pernah aku deactivate twitter. sebab tak tahan baca orang merungut. padahal orang-orang tu member-member sendiri jugak. nak unfollow tak sampai hati  jadi aku deactivate je la :3 . tapi lepas tu rasa macam rugi sebab banyak akaun yg aku follow adalah sumber ayat-ayat motivasi dan pembuka pencerahan minda. macam saifulislam, wardina (was. now i find her tweets are quite err... something else), lost islamic history (which is in my top list) and some others. oleh itu aku activate semula. but not as addi\ctive as before.

fesbuk pulak.. err.. kalau tak sebab group fqs, aku rasa dah lama aku deactivate. atau mungkin kerana ada sesetengah perkara kita tak mahu lepaskan?

kita ke aku?