Sunday, April 28, 2013

aku baru 21 (ye baru tauuuu)
mengikut undang-undang, dah layak mengundi. tapi sebab lambat daftar maka aku jadik pemerhati yg layak.
ehem.
sebenarnya aku tak la memerhati sangat. sebagai seorang yg berdarah muda jiwa membara-bara (cewahhh!), aku tetap mahu ambil port sikit-sikit akan dunia politik terpusing ni.
tapi kite watlek je arrrrr. ape benda merepek siak dorang ni duk berlumba nak tunjuk diri paling mulia. gua lagi bagus arr dari korang. huhh.

ok ok ini kali perenggan serius.
ikutkan rasa, aku tak mahu ambik port dalam dunia politik jadian yang penuh dengan twisted theories. maaf aku bukan penuntut sains politik. dan ini merupakan kali pertama aku meluahkan rasa terseksa jiwa (amboiiii! kononnyeeee).

tapi...
setakat sirah Rasulullah yg pernah aku belajar dulu,
i learn the fact that people will trust you when you do things purely from your heart.
macam mana kabilah-kabilah yg bersemangat as-sabiyyah boleh kata "ha, dia ni memang patut pun jadi pengadil untuk kita letak hajarul aswad ni kat mana".
ya, pada pandangan aku yg kerdil dan masih kurang ilmu di dada ni, kita perlu seseorang yang berperibadi seperti Rasulullah untuk menjadi pemimpin. low profile tapi awesome. amboi nak guna perkataan awesome awesome jeeee :B
jadi aku tak bersetuju dgn sistem pilihanraya berparti ini. sepatutnya tukarrrr! ya tukarrr! bukan tukar kerajaan tapi tukar fundamental pemilihan sebelum menukar kerajaan. baru betul #inikalilah

dan sekiranya kamu benar-benar ingin memimpin atas dasar tanggungjawab, with pure intention, aku percaya kamu akan sedaya boleh melakukannya tanpa perlu dinaungi mana-mana parti.

mmg ramai yg berkelayakan untuk jadi pemimpin negara. yg punya kualiti keperibadian, walau tak sama tapi mungkin seakan-akan Rasulullah. mungkin masih belum dikurniakan keberanian.

cuba kita try test sekali, pilihanraya tanpa menggunakan branding parti mana kamu datang (maksudnya semua orang bertanding atas kebolehan sendiri). ehem.

ya, aku keyboard warrior yg kecut sebab tak tulis keyword untuk digugel search.
dah la. aku nak balik dunia realiti.

No comments:

Post a Comment