Thursday, June 27, 2013

Field Trip (sort of) Backpacking style. gagagaga

Assalamualaikum :)

dah lama nak post pasal cuti-cuti merangkap lawatan sambil belajar ke melbourne. gahahaha. english or malay? melayu je la eh? baru la fefeeling anak rantau sikit. hiksss :p

(post ini adalah untuk perkongsian maklumat tentang kos serta tempat lawatan epada yg noob macam aku. mohon tiada anggapan post poyo atau meninggi diri, sebab saya pendek. peace^^v)

Background. ehem.

pada bulan april 2013 yang lepas, saya dan kawan-kawan sekelas telah pergi ke tempat yang dinyatakan di atas untuk (berjalan-jalan sambil membuat) lawatan akademik. oleh kerana duit AUD agak mahal (AUD 1 = +/- RM3.10 pada waktu berkenaan), maka duit sponsor yang diberi um (terima kasih um) adalah sangat terhad. cukup-cukup untuk tiket flight + hostel + transportation lain-lain sahaja (ni pun setelah ditambah tolak darab bahagi recycle duit oleh committee). makan dan shopping adalah duit sendiri. terima kasih committee yang berpening menguruskan kewangan.

kenapa melbourne? sebab nak jalan ostolia!!!! hahaha.. banyak la tempat dicadangkan. yang dekat, yang jauh. tapi ongkosnya sangat penting. dan tujuan lawatan. untuk pengetahuan anda, australia adalah salah satu negara yang sangat memelihara alam semulajadinya. sangat-sangat penting sehinggakan anda pun akan pening bila nak melepasi kastam Australia (buat kali pertama dalam hidup). topik yang kami kaji bersama adalah green building and sustainability. ini adalah topik panas dalam sektor pembangunan. malaysia baru mula nak ambil berat tentang alam semulajadi, tak apa. pelan-pelan kayuh. ok. itu serba sedikit tentang background lawatan kami.

Tiket Kapal Terbang

MAS - RM 2800/person
Air Asia - RM 1800/person
Emirates - RM2000(lebih kurang)/person
[as of the time we bought the ticket]

untuk ke sana, mula-mula fikir nak naik Air Asia atau Malaysia Airlines. perjalan dari KL ke Tullmarine airport adalah +/- 8 jam. masa tu MAS ada online promo economy class sorang = RM 2200 (lebih kurang. dah masuk tax etc.). tapi lepas mintak group quotation, dia caj sorang = RM 2800. erkkk.

then Air Asia pulak, as usual, online ada promo (sebab masa tgk tiket ni dalam 5 bulan sebelum tarikh berlepas). aku tak ingat harga tiket untuk sorang berapa tapi dalam RM 1000 ke lebih camtuh la. lepas tu mintak group quotation, dia caj sorang RM 1800. gulppp. macam MAS. at least MAS punya ada makan + entertainment + extra stuff you'll need in an airplane. then decide nak amik Air Asia je (sebab duit sponsor cukup untuk tu je hahaha).

tup tup, lepas survey lagi, kami pun akhirnya dapat deal yang terbaik which is dengan Emirates Airlines. sorang dalam RM2000 (tak sure berapa exact price. including visa. ni travel agent uruskan. terima kasih honey travel). by the way, Emirates pun ada buat online promo selalu. go and check the web :)

service Emirates boleh tahan jugak. setiap masa dapat makan. hahaha. entertainment pun okay. kerusi pun okay. cabin crew pun okay. lebih berbaloi-baloi daripada naik Air Asia padahal beza dalam RM300 ke macam tu. hihihi. aku lupa kapal terbang boeing berapa. tapi seat dia 3-5-3 (ke 3-4-3 ek?lupa dah). selesa untuk 8 jam.

Visa

oh ya. kalau nak ke aussie kena ada visa. boleh buat through travel agent atau buat sendiri kat Australian High Comission atau online. untuk penduduk Malaysia, boleh apply ETA (Electronic Travel Authority) kos AUD20 (online). ETA bertahan selama setahun. so nak pegi mana-mana part of aussie dalam setahun tu pakai je visa ni :) . maaf saya tak tau nak buat cemane online sebab travel agent yang uruskan hihihi. boleh tgk website dia sendiri. untuk penduduk bukan dari Malaysia, anda perlu consult dengan Australian High Comission untuk visa yang sesuai.

Pre-Melben

sebelum bergerak, kami ber-briefing sesama sendiri. kahkahkah. memandangkan ini adalah perjalan under universiti dan beramai-ramai (37 orang), maka undang-undang pun dibuat. tapi lecturer kami mahu kami belajar berdikari dan bertanggungjawab atas diri sendiri, maka kami pun berbuat demikian. ihik ihik ihik. kemudian ramai-ramai risau pasal makanan (mahal ke tak yer) dan akhirnya kami telah mencapai kata sepakat untuk membawa 2 kotak maggi untuk stok sendiri. kelakar pulak bila ingat balik pasal makanan punya hal ni. hahaha.

kastam Australia sangat ketat. they really really reaaalllllyyyyyyyy takes care of their environment hence the strict rules of things you can bring into Aussie. anda boleh check website mereka untuk check barang apa yang boleh bawak masuk dan dilarang sama sekali. yang penting, kalau rasa-rasa bawak barang terlarang tu declare lah. kalau declare, then dia check then dia tengok barang tu tak boleh bawak masuk, dia ambik dan byebye la barang tu. kalau check, then barang ok, korang berguling-gulinglah bersama barang tersebut. ekeke. tapi kalau tak declare, then dia jumpa, then kamu mungkin akan disaman. aku lupa berapa AUD. makanan la yang penting. untuk selamat, bawa makanan yang dikilangkan atau yang seal elok-elok. pastikan ada ingredient sebab nanti dia check ingredient. leceh kan? ya itulah mereka. jangan risau. makanan halal mudah didapati. besides, their food quality is much better than ours. this may be cause of these petty stuff you have to go through at custom.

Tempat Tinggal

kami tinggal di Melbourne International Backpackers. such precious experience i may never want to get through again after this. gahahaha. sebenarnya nak cari tempat tinggal ni pun satu kelecehan. kerana bajet yang rendah, kami mencari tempat termurah di kawasan bandar. style apartment dia pulak bukan boleh main sumbat-sumbat je. akhirnya duduk je kat MIB ni. bilik jenis dorm style. aku tak berapa ingat ongkosnya berapa. dalam AUD 30 satu malam. bergantung pada bilik. ni adalah kali pertama aku duduk kat backpackers. actually lepas jumpa student malaysia yang duduk sana, baru la aku tau tempat kitorang duduk tu black area. siap member duk cerita ada kes bunuh kat area situ minggu sebelum kitorang sampai. gulppp. tak tau la berita benar atau tidak. nampak seperti benar. hahaha. lagi pulak tu MIB ni atas pub. so setiap malam nampak orang mabuk ditambah kebisingan muzik mereka. mujurlah kami beramai-ramai stay situ. kalau sorang dua, aku tak berani nokss. hahaha. i know we got this kind of place in malaysia tapi tak semeluas dan terbuka seperti mereka :3

kami stay 1 bilik 4 orang. setiap sorang ada locker masing-masing tapi kecik je. dalam bilik ada 2 plug. takde heater. yerp takdeeee. kalau musim sejuk macam mane? hahaha. shower je la tempat nak memanaskan diri (shower ada heater). jamban sharing. 1 laki, 1 perempuan. dalam 1 jamban tu banyak la sinki, shower dan tempat berak kencing nyer. nak pergi jamban perlu bertudung (aku lilit kepala dgn kain batik je :3). tingkat 1 adalah reception dan kitchen serta tempat makan. ya korang boleh masak sendiri. breakfast disediakan (cereal, penkek, bread). ada bilik fridge. tapi untuk kitorang yang tinggal berapa hari sangat je ni, takde nye masak-masak. hahaha. paling masak pun penkek je. friday night korang akan nampak bouncer beso kat bawah. perihal friday night life ni nanti kita cerita okay. anyway, the place isn't half bad. but my parents wouldn't have stayed here. hahaha

untuk tempat tinggal yang lebih baik, anda boleh cek hotel (lecturer aku duk ibis hotel haritu. tak tau rupa macam mana sebab tak pergi pun. maybe ok kot. takde apa komplen pun dari mereka), apartment (kalau beramai-ramai) dan lain-lain. malaysia hall pun ada tapi ada syarat-syarat nak stay situ. sangat murah (AUD12). kami tak dapat duk situ sebab ramai sangat. student sana turut rekemen homestay (untuk bajet macam kami).

Makan

makanan halal senang dapat. ada satu kawasan nama Sydney Road adalah kawasan Timur Tengah di Melben. banyak kedai runcit kat situ dan agak murah berbanding kawasan CBD. tapi kena hati-hati jugak sebab kadang-kadang kedai tu cakap je halal tapi sebenarnya syubhah. anyway, 1 tempat makan yang best adalah Lord of The Fries. fuhhhh.. aku begitu merindukan beliau :3 .lagi satu, utk makanan berlauk, kawan aku telah pergi ke Blok M. aku tak tau kat mana. tapi kata mereka, sepinggan dalam AUD6-7 camtuh la. iskk.. aku tak terjejak ke blok M haritu. plus, ada la student sana yang tlg masakkan utk kitorang. jadi itu je la sumber makanan aku kat sana. kalau nak makan kat kedai yang dikatakan halal, kena make sure betul-betul samada kedai tu hanya guna daging halal atau kedai tu memang halal. sebab ada member recommend pegi satu kedai burger ni. tengok-tengok dia jual burger piggy sekali. huahuahua. so rupanya dia pakai daging je halal. tapi boleh je nak request dia masak asing dengan tempat dia masak benda-benda lain. tapi gua tak berani hahaha. anda boleh request untuk tengok sijil halal, they don't mind :). Lord of The Fries tu memang dia tunjuk sijil halal depan mata. Halal Australia is better than Malaysia's (quote dari wardina. cewah!)

jangan lupa minum kopi sana. kat 7-eleven ada jual fresh ground coffee 1 cawan = AUD 1 (small). 7-eleven ada merata-rata kat sana. tapi barang dia agak mahal sikit daripada kedai lain. selain 7-eleven, anda boleh pergi ke convenience store yang turut menjual barang seperti 7-eleven. ada jugak supermarket kecil-kecilan. tapi aku tak jumpa woolworths kat tgh bandar Melben. kat surburbs mungkin ada. ada 1 mini market ni tapi aku lupa apa nama beliau.

Tempat-Tempat Untuk Dilihat/Dihayati (tempat-tempat tak berbayar ehehehe)

tempat-tempat untuk dilawati dalam bandar pada aku sebenarnya tak banyak. sebab dia bandar biasa macam kl cuma bezanya bersih dan terdapat banyak design heritage (juga terdapat banyak mat salleh :P). mungkin aku berperasaan begini sebab aku rasa semua bandar sama sahaja, penuh dengan pembangunan bangunan. hehe. maafkan aku sebab aku kurang ingat nama-nama jalan dalam bandar. kalau setakat nak pusing-pusing bandar, sehari suntuk dah cukup. 2 days tops (ni kalau nak rileks-rileks berjalan). antara landmark dalam CBD adalah

Flinders Station
Federation Square.
National State Library
Gardens (ada banyak garden dalam bandar. aku pergi Flagstaff Garden. petang-petang cuci mata tengok orang jogging dan bersukan hahaha)
Victoria Market
Brighton Beach
Yarra River
DFO
Harbour Town
University of Melbourne

victoria market merupakan tempat wajib pergi bagi penduduk local mahupun pengunjung asing. hehehe. tapi vic market ni macam pasar basah biasa je. cuma bezanya, design pasar lebih tersusun dan barang-barang dijual banyak untuk tourist. tempat jual barang basah pun lebih bersih daripada kat Malaysia. takde la korang rasa nak tergelincir je hahaha. bahagian lain pulak adalah barang-barang macam souvenir baju-baju dan sebagainya. sini tempat sesuai beli souvenir. kat harbour town pun ok jugak sebenarnya.

jangan lupa pergi melawat brighton beach untuk ambik gambar kat jamban warna warni tepi pantai. kalau petang-petang boleh tgk penguin parade. tempat ni aku tak sempat pergi :3 . untuk shopping, anda boleh melawat docklands factory outlet ataupun harbour town. di sini ada banyak kedai untuk anda habiskan duit. nak kata murah tu, depends pada barang jugak. ada yang sama je harga dgn malaysia, ada yang lagi murah. pilih la elok-elok ok ;D

Flinders Station dan Federation Square tu sebelah-sebelah je. Flinders station merupakan stesen keretapi lama. kalau nak naik train dari situ boleh jugak :). waktu aku pergi haritu malam hari. melepet kat federation square sampai tengah malam lepas tu ambik-ambik gambar. terdapat wifi free dia federation square. kalau nak ambik gambar bangunan lain, datanglah siang hari yer.

National State Library tu kalau lalu siang hari, korang akan nampak orang bertebaran di atas rumput. hehehe. dorang baca buku, bersembang ke buat apa-apa la. kalau ada ruang, join la sekaki. aku cuba nak masuk library tu. tapi sampai lobby je. tak berani nak tanya "can i go in or kenot?" :3 di waktu tengah malam terdapat homeless dan pelepak malam merayau di situ.

banyak taman-taman yang cantik dalam Melben. aku pergi flagstaff sebab paling dekat dengan hostel. taman selalu menjadi tempat dating, ambik-ambik gambar, tengok anjing bersiar-siar, bersukan. oh ye. anjing comel belaka di sana, malah tak menakutkan macam kat sini :3

Sungai Melben yang femes adalah Yarra River. dari tempat kami kena naik 2 tram sebab jauh sikit. tempat dia dekat dengan DFO (kalau tak silap). tempat ini dicadangkan oleh seorang member untuk pergi pada Jumaat malam sebab ada persembahan Hellfire. sebenarnya takde benda pun. cuma ada api keluar dari tiang. gahahaha. setiap satu jam dia ulang so jangan risau kalau masa korang sampai tu dia baru je habis. Yarra river jugak sesuai untuk berjalan ambik angin dan dating. ada shopping mall dekat situ (crown eh nama dia?). masuk lah jenguk-jenguk. takde apa pun. :P

nak jalan-jalan kat Universiti Melbourne tu boleh je. cuma kena buat-buat macam tahu tempat tu je la. hehehe. berbeza dengan universiti Malaysia, universiti di sana samada berada di antara bangunan tengah bandar (RMIT) atau dikumpul 1 tempat tapi tak berpagar pun (UniMelb). banyak bangunan lama. feeling like harry potter gitu. hahaha. pusing-pusing la dalam tu untuk merasai suasa universiti omputeh :P

kalau nak merasai dunia sebenar, anda boleh pergi ke dua tempat yang famous iaitu Philips Island dan Great Ocean Road. setiap 1 tempat ni memerlukan sekurang-kurangnya 1 hari suntuk untuk pergi, berjalan dan pulang ke bandar. actually kalau ikut perasaan, teringin aku stay kat Great Ocean Road 2 hari 1 malam. tapi disebabkan jadual yang penuh dengan aktiviti melawat bangunan, maka aku dan yang lain-lain hanya sempat ke Philips Island. gerak pagi balik petang. itupun rasa tak puas lagi. the view is amazing! Subhanallah. aku cuma sempat pergi wildlife park dan Noobies. ya noob gila. hahaha. adalah satu kerugian kalau sampai aussie tapi tak pergi wildlife park dia mahupun menikmati serta mensyukuri nikmat alam sekitar yang terdapat di situ. utk ke sana, anda bole book tour online (aku tgk kat blog lain) atau mintak tour guide arrange. tapi kami naik 3 van, dipandu oleh student sana. ongkosnye agak mahal sikit. AUD60 ke 80 ntah. tak ingat. kalau anda ada kawan kat sana, lagi bagus (kalau dia boleh arrangekan ehekkk :P).

banyak lagi tempat yang tak sempat aku pergi disebabkan lawatan bangunan. oh ye. lawatan bangunan kami termasuklah The Pixel Building, Melbourne University (tour faculty of architecture ke amende ntah. perasan jadik student situ seminit. kakakaka), RMIT building 8, Royal Exhibition Building, Melbourne Museum, Council House 2, Town Hall dan Positive Energy Places (ni aku tak pergi. masa ni kena pecah 2). sangat bermanfaat malah memeningkan. haha. english slang aussie ni agak berbelit jugak. macam UK punya slang. take time jugak nak faham. by the time dah faham, dia dah cakap benda lain @.@ . so kena pandai-pandai catch up. huhuhu. anyway, good experience. walaupun secara fizikalnya nampak macam kitorang ni tak belajar apa-apa sangat, tapi secara mentalnya kami belajar tentang budaya, cara pemikiran dan pengajaran kehidupan daripada tempat yang telah dilawati. these things are absorbed and practiced. bukan senang-senang dapat experience merantau kecil begini :) . nak aku cerita pasal setiap satu bangunan ke? bosan kagn engkorang gahahaha.

Cara Bergerak dalam Melben

public transport di Melben adalah sangat-sangat efisyen. selama aku menduduki kawasan berkenaan, aku hanya pakai public transport dan berjalan kaki. bandar di Melben, macam Perth jugak, pakai grid system. so tak la tersesat-sesat sangat. paling mudah nak bergerak dalam bandar adalah menggunakan tram. tapi kena ada myki card dulu. boleh beli kat 7-eleven kalau tak silap. lepas tu top up. myki ni macam rapid pass jugak. boleh pakai untuk sistem transport rapid je. atau utk yg di Melben, korang boleh pakai untuk semua jenis public transport. kad myki berharga AUD 6, lepas tu kena top up ikut cita rasa. ada yang 2 jam, 1 hari, seminggu dan seterusnya. disebabkan kitorang stay dalam seminggu je, maka top up seminggu je la. aku lupa berapa total semua tapi lebih berbaloi top up seminggu terus. ada jugak pakej untuk tourist tapi mahal. AUD14 kalau tak silap. and good for 1-2 days only (tak ingat). lagi berbaloi beli biasa then top up :)

tapi kalau rasa macam malas nak pakai myki, boleh je. janji tempat tinggal korang dekat dengan tempat-tempat korang nak tuju atau korang ada transportation sendiri. by the way, city circle tram adalah percuma. city circle tram ni tram antik yang mengelilingi bandar Melben. korang spot je city circle tram ni kat mana-mana tram stop yang dia lalu, pastu naik je la. pastikan samada tram tu clockwise atau anticlockwise. tapi sebenarnya masa aku naik tram biasa tu, sekali dua je aku touch card. hahaha. orang-orang local yang naik pun tak touch card. why should i kan? ekekeke.. tapi kena hati-hati sikit pasal touch card tu. entah cemane baki kitorang semua jadik kosong. dia macam kalau kau naik, kau touch. pastu sebelum turun kena touch jugak. kalau tak, next time kau naik, baki kau hilang camtu je. haa.

Dari airport, boleh naik skybus untuk sampai ke tempat tinggal korang. tapi kena tengok jugak la tempat mana dia cover. kena bayar. lupa harga.

Budaya Penduduk

kebanyakan penduduk di tempat aku pergi adalah bukan penduduk asal Aussie atau istilah Malaysianya non-bumi. anyway, penduduk Aussie memang majoriti bukan penduduk asalnya pun. penduduk asal Aussie adalah aborigins atau orang asli. anda boleh melawat muzium orang asli jika berminat. menerima tips bukanlah budaya mereka (good thing gehehehe). layanan orang-orang yang entertain kami di tempat lawatan bangunan adalah sangat superb. layanan orang-orang lain biasa je. hehe. tak la super friendly but nice lah. tapi sesuatu yang disedari kawan aku, siang-siang bila naik tram, mereka senyap. malam hari, mereka friendly luar biasa! hahaha. tak la luar biasa. tapi more friendly at night. kenapa? tentulah sebab alkohol. budaya diorang, siang kerja dengan penuh etika, malam bersosial.

masa pergi perth dulu, mak bapak aku punya marah la sebab aku ngan akak keluar malam (sekali je. tu pun kejap sangat. just to go to the store across the street). tapi bila aku kat sini bersama rakan-rakan, haruslah aku melalui pengalaman keluar malam di tempat orang. kakakaka. tapi akhirnya aku faham kerisauan mak bapak aku. aku mungkin diattack oleh homeless, orang mabuk atau kena pau dengan sesiapa sahaja. masa malam kedua kat situ dah nampak scene tak menarik dalam tram. cuak ke bebeh nye Allah je yang tahu masa tu. huhuhu. ye ler. first time tengok. tapi lepas-lepas tu dah tak cuak kebebeh macam tuh dah. huhuhu

waktu aktif bandar sana tak sama macam Malaysia. kedai kat Malaysia bukak pukul 9-10 pagi sampai 10 malam (biasanya. ada je yang tak biasa kan kan) tapi di Melben, kedai bukak dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. hari Jumaat extend sikit. bukan sebab jumaat barokah, tetapi kerana friday night life. jumaat malam adalah waktu untuk mereka clubbing dan bermabuk-mabukan. opening hours untuk hujung minggu aku tak berapa pasti sebab hujung minggu aku tak berada di bandar. jadi bandar Melben mati lepas pukul 6 di hari biasa. anda perlu bayangkan scene pukul 12 malam Malaysia adalah pukul 11 malam di sana. girls, don't stay out late alone. berhati-hati pada hari jumaat malam.

tapi pada pandangan peribadi aku, orang Perth lebih lembut dan friendly berbanding orang Melben. pandangan peribadi la. mungkin sebab masa kat Perth dulu aku pergi tempat tourist je so dapat layanan baik-baik je la. hahaha. rakyat Malaysia bersepah sebenarnya kat sana. samada nak ngaku mat salleh ke mat malaysia itu terpulang pada pilihan masing-masing.

Perbezaan Masa

perbezaan masa KL-Melben ni unik sikit. boleh jadi 2 jam, boleh jadi 3 jam. dari ahad pertama bulan april hingga ahad pertama bulan oktober, perbezaan masa adalah 2 jam. manakala dari ahad pertama oktober hingga ahad pertama april, perbezaan masa adalah 3 jam. ini kerana Melben experience 25 jam sehari pada musim panas. extra 1 jam tersebut turut dipanggil daylight saving.

hari (atau malam sebenarnya) kami sampai tu sebenarnya waktu perbezaan  KL-Melben adalah 3 jam. tapi hari tu jugak merupakan hari terakhir daylight saving di mana mereka dapat extra 1 jam berbanding hari biasa. jadi pada pukul 3 pagi (waktu ni la daylight saving kot), mereka perlu putar jam kembali kepada pukul 2 pagi. kenapa pukul 3 pagi? aku pun tak pasti. mungkin pukul 3 pagi tu bumi berhenti berputar sekejap kat bahagian Melben (teori sendiri. jgn pakai. hahaha).

walaupun perbezaan waktu dah jadi 2 jam, perbezaan matahari sebenarnya 3 jam. ok. ni mesti tak faham kan? meh aku cerita ikut waktu solat. kalau kat KL masuk waktu maghrib pukul 7.15 p.m. (KL time), kat Melben pulak masuk waktu maghrin pukul 6.15 p.m. (Melben time). ok. bayangkan Melben pukul 6.15 p.m. tu mmg dah gelap sbb masuk maghrib, lepas tu pada masa yg sama, waktu KL baru pukul 4.15 p.m. which is tak masuk asar lagi. jd perbezaan matahari adalah 3 jam, manakala perbezaan jam adalah 2 jam. boleh bayang tak? aku harap faham la sebab aku tak reti explain cara lain lagi. hahaha. aku pening kejap masa hari-hari awal sebab bila contact family pepagi lepas subuh, dorang tak reply. baru teringat waktu tu memang aku pun tengah ngorok kat rumah. hahaha.

Muslim Travel Essential

walaupun ramai Muslim tinggal di Melben (masih minoriti la tapi), tak banyak musolla yang available. ada la jugak sebenarnya tapi tak sebanyak macam Malaysia (duh!) :B . so bawak la kompas kemana-mana sahaja anda pergi. anda jugak mungkin merasai pengalaman menunaikan solat di tempat-tempat yang anda takkan tunaikan solat di Malaysia. baru la adventure sikit yedakkk? hehehe. untuk muslimah, adalah lebih mudah kalau anda memakai pakaian yang mesra solat supaya tak perlu bertelekung di tempat public.

dan sudah tentu, toilet tidak berpaip. jadilah lebih kreatif untuk diri sendiri :P

paling paip dalam jamban yang aku jumpa pun kat surau UniMelb. itu pun paip yang berspring (so nanti bila kita lepas paip tu dia akan automatik tutup terus) ditadah menggunakan penyiram pokok untuk cebok. kreatif habis. hahaha. mungkin ada certain requirement di Melben yang menghalang mereka implement paip macam kat Malaysia. aku tak tau.

oh ye. kalau naik Emirates ni bagus sikit. kat skrin kapal terbang tu dah siap-siap tunjuk arah kiblat. so mudah la untuk kita solat dalam kapal terbang.

Cuaca

sebagai rakyat Malaysia, sudah tentulah aku pergi sebab nak mengada-ngada rasa sejuk-sejuk. ekekeke. waktu aku pergi adalah pertukaran dari summer fall ke winter. cuaca dia pelik sikit. hari pertama macam kat Malaysia. petang tu hujan. esoknya sejuk. range suhu waktu aku kat sana adalah dalam 10-23 Celcius (anggaran sahaja). sejuknya sampai aku pakai sarung tangan (sebenarnya tak pakai pun takpe tapi sebab aku ni ngade-ngade nak pakai hahaha). lepas tu boleh jadi cuaca dia panas pastu nanti sejuk. biasanya kalau hujan, lepas tu sejuk.

cuaca Melben samada sejuk atau panas, akan mengeringkan. jadi amatlah berguna kalau anda pakai lip balm dan moisturizer. kalau pakai moisturizer kat Malaysia selalu rasa melekit kaaaan. ni kat sana rasa selesa insya Allah.

Cost Summary (not exact)

tiket - RM 2000
accomodation (1 malam dalam +/- AUD 29) - RM 689 (8 malam)
skybus + tram - RM260

total untuk 9 hari 8 malam - RM 3000+/- (ni anggaran sahaja)

makan - +/- AUD 11-15/hari. breakfast kat hostel, lunch dan dinner daripada student sana (which aku rasa lebih baik makan lord of the fries je hari-hari muhahaha)

macam mana dengan caj travel agent? hurm. itu aku pun tak pasti. kalau tak silap, dia tak caj banyak kat kitorang. maybe banyak caj kat lecturer. tapi servis dia ok. ada sorang dari travel agent ikut kitorang sebab dalam syarat dia, klau lebih berapa orang entah kena ada agent ikut.



aku harap post ni bermanfaat untuk sesiapa yang tersinggah sini tiba-tiba sebab tengah cari info pasal nak jalan-jalan kat Melben. peace^^v

No comments:

Post a Comment