Monday, July 8, 2013

.untuk terakhir kali kah?.

aku rasa nak pakai link blog baru la.

kalau ada la antara engkorang yang baca ni (kot ade la yang baca blog aku ni hihi) teringin terus membaca penulisan emosi aku lagi, sila la minta link blog baru aku di ruangan komen. kalau jadik la aku buat blog baru, aku bagitau okay. tinggalkan email address anda utk terima kasih syg dari aku gehehehe.

aku dah delete stegerem dgn twitter (buat akaun baru pulak tu hahaha). jadi aku nak buat benda yang sama untuk blog. iaitu dengan tidak lagi menggunakan makansiput (sedih betul aku ni).

terima kasih kepada yang masih membaca penulisan emosi aku bersama makansiput. di sini aku kuburkan nama makansiput.

.

pernah sekali tu, aku tengah kecewa dalam percintaan. lepas tu meroyan sikit. nampak macam gila-gila bersama rakan. tapi dalam hati, Allah yg tahu.
tengah meroyan sorang-sorang, tiba-tiba ada sorang hamba Allah (member sebenarnya) tanya, "kau ok x ni?"
others enjoyed (or actually felt disgusted. ehe) with me at that time.

terharu kejap.

dah 3 tahun setengah rupanya.

bff aku yang sorang tu pun nak kahwin dah. semenjak berita dia nak kahwin tiba di pandangan aku (sbb dia mesej kat fb), macam-macam memori dan kenangan lalu terimbau kembali. rindunya aku pada dia :( . semoga diberi kesempatan untuk spend masa kejap before dia kahwin. huhuhu.

lepas tu, mengimbau imbau tak habis-habis sampai baca balik 'nota-nota' lama aku. baru tersedar yang aku pun melalui zaman kegelian dalam percintaan bila baca semula apa yg aku sempat taipkan. hahahahahahaha. gile emosi. kalau aku yang sekarang jumpa aku yang dulu, dah tentu-tentu aku siku je aku.

hurm. dalam bab perasaan terhadap orang lain sebenarnya aku lebih reserved. sebab pada aku, what happen between the two should be between just the two. banyak kesilapan dan perbuatan bodoh yang aku buat sebelum ni yang kalau aku ni jenis bercinta mesti bersama member sekali, mesti aku dah kena ceramah habis-habisan. haha. kadang-kadang member ni memang membantu dalam hal memberi pandangan. tapi kadang-kadang pandangan tu yang menjadi punca kesilapan langkah. macam kalau kau dah kahwin, kau cerita ke semua sweet sweet gaduh perang masalah kecik besar kat orang luar? aku tak kata la aku nih macam dah berkahwin nyer. nak kena penampo diri sendiri ler gitu. lepas tu nanti kalau korang putus, member kau pun dia kena unfriend dekat fb. dia akan bermasam muka dengan kau dan member-member kau sehingga la sampai satu masa kau orang dedua dah berpijak di bumi nyata dan lebih matang. haha.

tapi kesilapan yang lalu aku jadikan pengajaran. kesilapan ni contohnyer emo tak pasal-pasal ke kan. dan aku bersyukur sebab semuanya aku hadapi sendiri (of course dengan hidayah dari Allah) dan aku sedar aku silap dan aku cuba untuk menjadi lebih baik. kalau aku cerita kat member, mungkin banyak fatwa yang akan dikeluarkan supaya aku ikut. macam orang melawat orang sakit. 10 000 petua keluar nokks. aku akan bercerita sebanyak mana yang penting. you know, put the limit.

ok alh. dah tamat sesei meluahkan perasaan. semoga urusan kau orang akan berjalan dengan lancar.